Friday, December 10, 2010

Radit & Jani – Kisah “Brutally Romantic”

oleh MOT

Malam tadi aku sempat menonton DVD Radit & Jani, filem Indonesia yang menjadi bualan hangat kerana realiti yang dipaparkan. Filem dimulakan dengan adegan yang beritu erotis dan nakal. Adegan bercium berpelukan begitu menarik perhatian. Kisah remaja rock n roll yang bebas dan liar. Tidak hairan kalau ia dikhaskan untuk Tontonan Dewasa Sahaja.

Rupanya aku tertipu, pengarahnya Upi, dengan sengaja berbuat begitu kerana kita sering saja memberi tanggapan negatif tanpa usul periksa. Selalu meberikan tanggapan stereotaip apabila bertemu dengan pasangan sebegini. Rupa-rupanya mereka adalah pasangan suami isteri yang sah tetapi hidup dengan cara yang bebas dan liar. Demi cinta dan sayang , mereka sanggup menempuh pelbagai rintangan sehingga sanggup mencuri untuk bekalan makanan lantaran tiada wang.
Radit tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, masih mengharapkan syarikat rakaman akan memilih lagu-lagu ciptaannya untuk dibuat album. Jani, seorang isteri yang setia, sanggup berkongsi susah senang walaupun terpaksa menjadi ‘partners in crime’ untuk mencuri makanan di pasaraya. Mereka hidup seadanya dan rokok adalah peneman setia. Mereka hidup atas dasar kasih sayang hingga tidak sanggup berpisah walau apa keadaan pun.

Radit yang hidup bergantung dengan dadah membuatkan hidup mereka makin sukar. Adegan yang paling sedih apabila Jani terpaksa menyerahkan dirinya kepada pengedar dadah demi untuk membeli “ubat’ Radit yang semakin ketagihan lantaran tidak sanggup melihat suaminya dalam kesakitan.

Hidup mereka semakin menekan apabila Jani hamil dan mereka tiada wang untuk menampung perbelanjaan seharian. Jani, anak golongan berada (spoil brad) sering menghadap ibubapanya meminta bantuan namun sering dimarah dan maki oleh bapanya yang memang tidak sukakan Radit yang dituduh telah ‘merosakkan’ Jani, anaknya.


Dengan tekad untuk memperbaiki diri dan memberikan Jani hidup yang lebih bahagia dan sempurna, Radit berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja namun sering dipecat lantaran sikapnya dan karektornya sebagai penagih. Walau begitu Jani tetap setia bersama Radit walaupun sakit dalam mengandung. Kemuncak pengorbanan Radit pula apabila sanggup minum air kencing rakannya semata mata untuk mendapatkan duit membeli ubat untuk Jani. Setelah mendapat ubat dan nasi goreng untuk Jani, Radit di belasah di tengah jalan sehingga habis bertaburan nasi dan ubat-ubatan. Hasratnya untuk menjadi suami yang terbaik tetap tidak tercapai walau sebagaimana pun dia mencuba.

Ending cerita ini sungguh indah dan cantik hingga boleh menitiskan airmata sehingga kita terlupa ini sebenarnya adalah sebuah filem pasangan rock n roll dan penagih dadah hilang disebalik cinta dan kasih sayang keduanya. Penataan musik oleh Aghi Narottama dan Bemby Gusti (Janji Joni, Berbagi Suami) memang menepati filem ini yang bergerak atas landasan rock n roll. Sinematografi oleh J. Ical T (Long Road to Heaven) memang menarik. Dimulakan dengan gerak kamera ala filem indie ia akhirnya digerakkan dengan teknik kamera sebuah filem drama biasa semakin matang mengikut gerak kematangan karektor Radit dan Jani. Penata artistik Wencislaus (Berbagi Suami) memang hebat. Rumah yang berselarak dipenuhi rokok dan alatan menagih memang nampak natural.

Pengarahnya Upi, memang terkenal dengan gayanya yang berani dan tersendiri. Sebelum ini pernah mengarahkan 30 Hari Mencari Cinta dan Realita Cinta dan Rock N Roll tampil lebih berkesan dengan filem ini. Fahrani (Jani) adalah Super Model Indonesia yang telah sukses secara internasional, dan telah berjalan di catwalk-catwalk di Hongkong, Jepun dan Milan. Ia pernah membintangi film Kala dan FTV Supermodel 1 & 2. VINO BASTIAN (Radit) sudah pasti pelakon faveret Upi abila beliau telah membintangi ketiga-tiga filem arahan Upi. Vino adalah seorang aktor muda berbakat yang telah membintangi banyak film Indonesia saat ini seperti : 30 Hari Mencari Cinta, Catatan Akhir Sekolah, Realita Cinta dan Rock&Roll, Badai Pasti Berlalu, Pesan dari Surga. Lakonannya sebagai penagih cukup berkesan. Begitu juga dengan Fahrani sehingga mereka mendapat award pasangan terbaik dalam filem ini. Sungguh secocok dan intim sekali. Melihat posternya aku terus teringat filem Romeo & Juliet oleh Baz Luhrmann dan ada senario yang di olah dari filem Natural Born Killer arahan Oliver Stone.

Tontonlah filem ini jika anda berjiwa rock n roll dan bebas. Tonton filem ini jika anda seorang pencinta yang setia dan hebat. Pasti tidak rugi kerana sudah pasti tidak akan datang ke panggung di Malaysia :) . Tontonlah filem ini dengan fikiran yang bebas tanpa prejudis untuk menyelami ke dasar cinta Radit dan Jani…

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690