Monday, December 6, 2010

Konsert Gemuruh Double Trouble bersama Digi

oleh Peronda Jaket Biru

Salam dan Selamat Sejahtera.....

Selepas beberapa siri konsert jelajah tanahair kumpulan Search dan Wings sekali lagi ditaja oleh syarikat Telco Digi untuk mengadakan konsert Double Trouble (DT) di dua buah negeri iaitu Pulau Pinag 18 Disember dan 25 Disember 2010 Sunway Lagoon.

Jika diukur daripada jumlah penonton yang hadir semasa siri konsert DT sebelum ini memang tidak syak lagi kedua-dua kumpulan ini masih lagi mempunyai ramai peminat. Dengan kerjasama syarikat Telco Digi konsert DT lagi sekali bakal mengegarkan Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang dan Sunway Lagoon.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket bolehlah melawat halaman Facebook berikut Konsert Gemuruh DT atau kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tiket percuma boleh melawat laman web Digi seperti berikut Digi Life.

Hmmm............memang satu konsert yang dinantikan oleh peminat mereka termasuk gua sebagai penutup tahun 2010. Marilah kita bersama-sama menyokong industri muzik tanah air kita

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690