Thursday, January 6, 2011

Gaya Hidup Bajet - Makanan

Apa khabar semua? Tak sabar rasanya Abg Joe nak kongsikan dengan anda semua tentang tajuk kali ni. Kenapa ek Gaya Hidup Bajet? Lagi mau tanya ke? :). Tak faham-faham lagi sekarang minyak naik, gula naik, tepung naik, tol naik. Senang citer semua naik lah. Darah Abg Joe jek yang belum nak naik lagi. Nasib baik la Abg Joe amalkan gaya hidup sihat :).

Ok lah, tak mau celoteh lebar. Sebenarnya gaya hidup bajet ni memang jadi pilihan semua orang. Semua orang nak bajet zaman meleset ni. Terutama sekali bila dah tengah bulan. Poket pun dah kering tapi perut nak kena isi beb...

Jom Abg nak bagi tips sikit ye. Sebenarnya anyak cara kita boleh berjimat tentang makan ni. Paling senang, suruh kawan belanja la. Makan FREE!!! Hahaha..sapa tak suka kan. Tapi kalau dah selalu sangat, boleh jugak dapat pelempang FREE! hehehe...

Kalau sarapan kita boleh makan macam-macam. Paling senang beli je kuih - 3 biji RM1. Kalau tak pun, makan je roti Gardenia coklat ni. Baru RM0.60 je. Murah kan? :) setel makan pagi.

Makan tengahari pulak boleh je makan nasi dengan telur dadar. Baru RM2. Kasi tambah kuah bajir. Makan panas2 syiok ooo.... Kalau nak jimat beli je mee segera. Baru RM0.60 sebungkus. Tambah air panas je. Nak lagi murah, beli jek Mi Sedaap. Baru RM2.70 jek 5 bungkus. Tahan 5 hari tuuu...Kalau nak yang lebih sihat, makan je maggi tastylite yang tak ditambah MSG. Harganya dalam RM4.70 untuk 4 bungkus. Kira RM1.20 la sebungkus. Sedap, murah dan menyihatkan.




Makan malam ni kalau boleh makan buah-buahkan je. Sihat. Baru sengget jek sebungkus. Paling tak, makan je Roti Naan dalam RM1.50 ke RM2. Tak berminyak dan bagus untuk makan malam. Kalau korang lapar sangat tapi tak cukup bajet, makan je munchys oat-krunch-chocolate ni. Baru RM1 je kat Speedmart. Memang menyihatkan. Nak lagi kenyang, minum je dengan susu kotak Dutch Lady RM1.80. Kompem kenyang gile dengan kos kurang RM3 jek. Tak percaya? Cubalah...:)



Cuma kalau korang larat hari-hari makan benda alah ni, g Joe nak saspek dulu awal-awal. Memang korang hebatlah! Ganbatte! Apa-apa pun pilihan korang, pastikan ia sihat. Cuba lihat jadual di bawah untuk buat perbandingan. Selamat mencuba dan berjaya!!! :)

* Buat yang malas nak keluar, boleh je beli online kat sini
Online Grocery http://ez.store247.my/
Doorstep http://www.doorstep.com.my/index.php

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690