Friday, December 3, 2010

Opick - Shollu Alla Muhammad

Aunur Rofiq Lil Firdaus yang lebih dikenal dengan nama Opick telah mengeluarkan album terbaru yang keenam pada ramadhan lepas berjudul “Shollu Ala Muhammad”. Opick merupakan nama besar dalam arena muzik berunsurkan agama islam dikalangan peminat seni Indonesia.

Single pertamanya berjudul “Shollu Ala Muhammad” juga telah dibuatkan video klip untuk semua peminat. Dalam lagu ”Shollu Ala Muhammad”, Opick bernyanyi bersama 18 finalis Festival Lagu Opick, sebuah festival pencarian bakat yang digelar Opick sejak tahun 2009. Juara I, II, dan III festival ini masing-masing menyanyi satu lagu.

Album ini patut dimiliki oleh semua peminat lagu-lagu nasyid atau lagu-lagu islamik. Lagu-lagu Opick yang indah sering dimuatkan dalam drama-drama sinetron Indonesia. Lagu 'Maha Melihat' telah menjadi latar buat drama Manohara, 'Tuhan Lindungilah' dalam filem Mengaku Rosul dan 'Ketika Cinta Memanggil' dalam filem Perempuan Berkalung Sorban di mana versi wanitanya telah dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Opick juga sudah berkolaborasi dengan pelbagai nama besar muzik Indonesia seperti Melly Goeslaw dalam lagu 'Takdir'.


Diskografi
Istighfar (2005)
Semesta Bertasbih (2006)
Ya Rahman (2007)
Cahaya Hati (2008)
Di Bawah Langit Mu (2009)
Shollu Alla Muhammad (2010)

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690