Tuesday, December 7, 2010

Western Food Terbaik Moon's Kitchen





Hai, jumpa lagi…camane?dah tau mana nak makan lunch ni? Cewah..blom pepe dah plan gitew..wokeh..ni ader satu tempat makan western yang best dan affordable. Lokasinya kat lembah maju, berdekatan dengan Pandan Indah. Bagi sesiapa yang tak tau tue, Pandan Indah ni la tempat yang ada MPAJ, Pandan Kapitol, dll tu. Untuk sape-sape yang stay kat area Pandan Perdana, Pandan Jaya ke, Ampang ke, Cempaka ke mana-mana ajerlah yang dekat ataupun jauh daripada Pandan tapi suka nak cari tempat-tempat makan baru, meh la ke sini.

Tempat ni namanya Moon’s Kitchen. Buka start jam 6 petang. Walaupun kedai ni macam ala-ala food court, tapi cara penyediaan makanannya dibuat bersungguh-sungguh. No play-play one. Macam hotel-hotel gitew. Tengok pakaian chefnya aja kita dah tau yang diorang ni memang berpengalaman.

Antara hidangan yang sering menjadi pilihan di sini termasuklah Kitchen Special – Rib Eye Steak, Cipotle Lamb Ribs, Mexican BBQ Spare Ribs, Roasted Garlic & Pepper Lamb, Sirloin Steak. Bagi Seafood Dishes – bolehlah cuba Grilled Salmon Fillet. Untuk Moon’s Soup & Pasta – Spaghetti Bolognese, Mushroom Soup, bagi Moon’s Fried Dishes-Fish & Chips, Chicken Chop dan juga Lamb Chop. Untuk yang suka tambah hidangan-hidangan sampingan pula, bolehla mencuba NZ Mussels, Brocoli Spears, Corn on Cob, Mashed Potato dan Fries.

Hidangan Utama: Western Food
Harga: Antara RM10 - RM20
Tempat Letak Kereta: Medium
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
info lanjut: Facebook Moon's

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690