Showing posts with label Happening. Show all posts
Showing posts with label Happening. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

Siti Di Alam Fantasi the Musical


“ Siti Di Alam Fantasi ” ( SDAF ) Karya dan arahan Aminah Rhapor. Pernah dipentaskan 2 kali sebelum ini bersempena Pesta Flora dan Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98. SDAF diangkat dan dipentaskan kali keduanya di Istana Budaya pada 2000. SDAF merupakan teater kanak-kanak pertama yang dipentaskan di Istana Budaya dan mencatatkan sejarah penonton paling ramai mengatasi teater dewasa. Pada 2001 pengambarannya untuk penerbitan RTM 1 berlangsung dansebanyak 39 episod SDAF mula ditayangkan di televisyen sepanjang tahun 2001 dan 2002. Kini SDAF kembali semula dengan wajah baru di Istana Budaya. Buku novel bersiri SDAF juga akan berada dipasaran.

“ Siti Di Alam Fantasi ” akan berlansung pada 22-31 Disember 2010 di Panggung Sari, Istana Budaya

pertanyaan tiket?
info ke Istana Budaya atau boleh terus menghubung SDAF Pictures (M) Sdn Bhd 03 - 7842 7851

Untuk info lanjut, boleh layari Facebook SDAF di sini


Friday, December 3, 2010

Pekan Frinjan 16: HAM


Pekan Frinjan 16 membawakan tema HAM: singkatan kepada Hak Asasi Manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada tanggal 10 Disember setiap tahun.

Pengangkutan awam ke i-City

dari KL
1) naik bas rapid U80 kat CM --> seksyen 2.
2) naik bas T604 --> pers.bestari/srjk T sec7.
3) pandang depan ada i city.
4) jalan kaki, dan sampai, bayar RM2

nak masuk i-City ni ada bayarannya

kalau naik kereta, dia caj RM10 satu kereta tak kiralah berapa orang, jadi sebaiknya berkongsilah..sambil kurang mencemar alam dapat jimat duit

kalau jalan kaki, naik motor, naik basikal atau naik bas, dia caj RM2 satu orang dan kupon RM2 dan RM10 tu boleh dibelanjakan di kawasan i-City, contoh kedai makan dan taman2 kat situ

ok, apa telefon talian hayat 010-512 6836

Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Benjamin
013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri

atau emel ke frinjan@gmail.com

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA

Terima kasih
MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690