Saturday, December 4, 2010

Harus & Tidak untuk 2010

Kita semakin hampir ke penghujung 2010. Ini adalah masa untuk membeli belah dengan pelbagai promosi jualan di seluruh dunia. Promosi gila-gila sempena Krismas dan Tahun Baru sering digunakan oleh semua pengguna untuk melakukan pembelian hingga kadangkala kita terlupa apa yang perlu dan apa yang tidak.

Sebagai pengguna bijak kita haruslah bijak membezakan apa yang perlu dan apa yang kita inginkan. Ini bertujuan agar kita tidak membazir di dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasukalah Malaysia.

Menurut satu sumber di internet ada beberapa barang yang perlu dan boleh dilupakan untuk menutup tahun 2010. Antaranya ialah LCD HD TV yang patut dibeli masakini kerana lambakannya diseluruh dunia menjadikan harganya jatuh dan semua peniaga tidak mahu menyimpan stok yang banyak. Jadi kalau anda mahukan nilai dalam wang anda, beli HDTV sekarang.

Ini berlainan dengan TV 3D yang baru dipasaran. Anada patut lupakan kerana belum banyak lagi filem atau DVd yang menggunakan teknik 3D. Jadi pembeliannya waktu ini adalah satu pembaziran.

Ini termasuk juga dengan iPad. Lupakannya waktu ini kerana anda boleh dapatkan aplikasi yang hampir serupa dalam iPhone dan kalau anda inginkan nilai, beli sahaja iPad versi China yang jauh lebih murah. Atau beli sahaja mana-mana Netbook sebagai ganti.

Jadi fikir dahulu sebelum membeli dan jadilah pengguna bijak!

No comments:

Post a Comment

MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690