Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Konsert Gemuruh Double Trouble bersama Digi

oleh Peronda Jaket Biru

Salam dan Selamat Sejahtera.....

Selepas beberapa siri konsert jelajah tanahair kumpulan Search dan Wings sekali lagi ditaja oleh syarikat Telco Digi untuk mengadakan konsert Double Trouble (DT) di dua buah negeri iaitu Pulau Pinag 18 Disember dan 25 Disember 2010 Sunway Lagoon.

Jika diukur daripada jumlah penonton yang hadir semasa siri konsert DT sebelum ini memang tidak syak lagi kedua-dua kumpulan ini masih lagi mempunyai ramai peminat. Dengan kerjasama syarikat Telco Digi konsert DT lagi sekali bakal mengegarkan Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang dan Sunway Lagoon.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket bolehlah melawat halaman Facebook berikut Konsert Gemuruh DT atau kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tiket percuma boleh melawat laman web Digi seperti berikut Digi Life.

Hmmm............memang satu konsert yang dinantikan oleh peminat mereka termasuk gua sebagai penutup tahun 2010. Marilah kita bersama-sama menyokong industri muzik tanah air kita

Saturday, December 4, 2010

For The Rest of My Life – Maher Zain

For The Rest of My Life – Maher Zain
oleh Azrin Kamaludin
foto oleh Atahsaat Photography


Aku dah lama tak ikut perkembangan industri nasyid tanah air kte ni kan..rasenya mcm dah diam membisu je..kalau ada pn Cuma dengar lagu2 yang lama je..yela zaman kegemilangan aku jadi vokalis nasyid pn dah lama dulu..(masa zaman aku sekolah menengah dulu la kan)...tibe-tibe muncul Maher Zain..syukur Alhamdulillah..dengan pendekatan yang sagat effective dan baik dia telah menyampaikan lagu-lagu yang berbentuk dakwah kepada kte..satu usaha yang baik dan patut diberi penghargaan..orang yang tak suke dgr lagu dakwah pun dah mula suke dengar bile pasang lagu Maher Zain nie..lagu paling aku suka la.. “For The Rest of My Life” lagu nie mengisahkan pasal seorang suami yang benar2 menghargai isteri dia..para suami atau bakal suami sila nyanyi lagu ini depan istri anda yea pasti diorang akan melonjak keriangan..haha!



Friday, December 3, 2010

Opick - Shollu Alla Muhammad

Aunur Rofiq Lil Firdaus yang lebih dikenal dengan nama Opick telah mengeluarkan album terbaru yang keenam pada ramadhan lepas berjudul “Shollu Ala Muhammad”. Opick merupakan nama besar dalam arena muzik berunsurkan agama islam dikalangan peminat seni Indonesia.

Single pertamanya berjudul “Shollu Ala Muhammad” juga telah dibuatkan video klip untuk semua peminat. Dalam lagu ”Shollu Ala Muhammad”, Opick bernyanyi bersama 18 finalis Festival Lagu Opick, sebuah festival pencarian bakat yang digelar Opick sejak tahun 2009. Juara I, II, dan III festival ini masing-masing menyanyi satu lagu.

Album ini patut dimiliki oleh semua peminat lagu-lagu nasyid atau lagu-lagu islamik. Lagu-lagu Opick yang indah sering dimuatkan dalam drama-drama sinetron Indonesia. Lagu 'Maha Melihat' telah menjadi latar buat drama Manohara, 'Tuhan Lindungilah' dalam filem Mengaku Rosul dan 'Ketika Cinta Memanggil' dalam filem Perempuan Berkalung Sorban di mana versi wanitanya telah dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Opick juga sudah berkolaborasi dengan pelbagai nama besar muzik Indonesia seperti Melly Goeslaw dalam lagu 'Takdir'.


Diskografi
Istighfar (2005)
Semesta Bertasbih (2006)
Ya Rahman (2007)
Cahaya Hati (2008)
Di Bawah Langit Mu (2009)
Shollu Alla Muhammad (2010)

Tuesday, November 30, 2010

Berdansa Bersama BEP dalam The Beginning

Kalau anda bukan peminat 'dance music' atau tidak pernah pergi ke mana-mana kelab malam dan mendengar lagu yang membuatkan anda menari di lantai dansa sejak 35 tahun

yang lepas, usaha Black Eyed Peas yang terbaru pasti anda kan merasa ia hanya sebuah album yang penuh dengan efek elektronik, penggemar parti dan lirik yang mengarut.

Tetapi genius seperti will.i.am menggabungkan beberapa samples muzik, muzik dansa klasik dan gaya produksi baru dalam era dansa dan pop telah melahirkan era muzik

dansa yang terbaru tanpa henti dan pergi jauh ke masa hadapan.

Dihubungkan Dengan Kuat Dengan Muzik Dansa Dahulu

Sebahagian besar peminat muzik pop masih diprogram untuk mendengar muzik yang sangat elektronik sebagai sesuatu yang futuristik dalam bunyi. Namun, muzik dansa telah

memasukkan disintesis beats elektronik sebagai elemen utama sejak mercu tanda 'synthesized disco experiments' dari Giorgio Moroder dan Donna Summer di pertengahan

tahun 1970-an. Beberapa kehebatan The Beginning mengingatkan kita kembali pada era dulu namun Black Eyed Peas berhasil membuat bunyian muzik mereka seperti jauh ke

masa depan. Kebanyakan muzik pop selalu mengulangi elemen kejayaan terdahulu. Tidak ada yang lebih tahu tentang ini berbanding will.i.am.

Hal ini hampir tidak adil untuk pendengar untuk memulakan album dengan penggunaan tema cinta Dirty Dancing "The Time Of My Life." Lagu ini telah menerima sambutan di

kalangan peminat pop jauh melebihi kejayaan awal kerana populariti dari filem dan penggunaan lagu untuk selalu digunakan untuk perkahwinan dan ulang tahun. "The Time

(Dirty Bit)" akan menarik perhatian anda sama ada anda suka atau tidak. Dua lagu selepasnya dan yang intro untuk "Love You Long Time" pasti terdengar sangat familiar

bukan? Jika anda berasal dari barat anda pasti teringat memori sejak KC's "Give It Up" merupakan # 1 hit untuk tiga minggu. Inilah penguat album The Beginning yang

sering menghasilkan lagu dari lagu yang sering digunakan secara menyeluruh dalam filem TV dan latar muzik skor. Mengikut sejarah, hit 1984 adalah salah satu nafas

terakhir disko dalam era pop mainstream.

Top Tracks dalam 'The Beginning'

"Love You Long Time"
"Fashion Beats"
"Don't Stop the Party"
"Do It Like This"



MARA Pahang akan mengadakan Kursus Perniagaan Pengurusan Sarang Burung Layang-Layang Gua di Dewan Pusma MARA Pahang pada 29hb Januari 2011 dengan penceramah Dr Azman Hj Othman dari Perhilitan. Beliau merupakan seorang pengkaji tentang burung layang-layang gua. Sesiapa yg berminat sila hubungi pegawai MARA pahang - En Abd Jalil 0129883690